Tuesday, June 21, 2011

Balik Kg

2 comments
Balik kg 2minggu rasa sekejap sahaja masa berlalu..
Alhamdulillah Nabil boleh adjust di kedua-dua belah rumah Penambe n Tumpat..5minit je dia malu-malu, tunjuk ball je terus tak malu:)
Balik sini isnin (13/6) malam sampai Sandakan..tgh malam tu Nabil demam..
Esoknya masih demam dan semakin panas.. lusanya Alhamdulillah semakin ok..
tak ambil gambar sgt pun blk kg... ni ada sikit gmbr..so tgk gambar je la ye:)

Tengah syok sendiri tengok cermin cakap "baby...baby.."

tumpang stroller Wazif masa makan di Noodle Station..high chair habis..

ni masa Aniq n Ahnaf masuk pertandingan bola peringkat Kg Penambang.. Dapat No.3:) dpt assorted biscuit 1 tin sorang..hi3 jadilah..

ni pulak cubaan untuk mengambil gmbr kanak-kanak 2tahun ke bawah tidak berjaya..Nabil n Muaz yang paling susah ikut arahan..Aqeef n Wazif ready je:)

P/S: Tengah fikir menu di Hari Raya...(i know..i know..puasa pun belum lagi)..hihi

Saturday, May 28, 2011

Cuti Sekolah

2 comments
Hari ni dah start cuti sekolah.. tapi kitorg akan blk kg esok..flight penuh.. nk buat mcmana..sabar jela..
Tapi kalau ikutkan hati memang dah tak sedap duduk je, sebab nak tunggu esok. Tak sabar nabil nak jumpa atuk nenek, umi ayoh, makcik2 n sepupu2 dia..

tadi pegi kenduri kawin rumah jiran..yg juga makcik kepada one of my student.
mula2 rasa best jgk nk pegi kenduri, x pyh msk..tp pikir2 kenduri kt sini tak sama dgn kenduri kt sana..
mana ada gulai kawah or ayam masak merah dgn acar timun, sambal belacan.
kat sini lauk yg wajib ada ialah, isi ikan msk dgn sos, lauk lain lagi yg ada tadi kari ayam, daging masak kicap n udang ala-ala sweet sour..okla jgk, byk jenis lauknya...
tapi yg kurang best sikit bila dia psg lagu kuat2..nk borak2 pun susah..mkn pun tak selesa..ish2 sabor jerla.. tp itula adat/trend kalau kenduri di sini..biasala kalau diorang akan berkaraoke smpai ke pagi.. satu lagi perbezaan ialah, kalau kat sana kita letak bunga manggar di tepi jalan/lorong nak ke rumah pengantin, tp di sini dia letak daun kelapa:)

Ni pulak letak gambar nabil yg nmpk lidah dia yg luka masa pegi Tawau hari tu..tp ms ambil gmbr ni dh ok sikit..

Saturday, May 21, 2011

Jalan-jalan

3 comments
Salam semua..apa khabar? lama tak menulis di blog.. dah hampir sebulan.
Walaupun ada benda nak diceritakan, tak sempat kerana masa tak diuruskan dengan baik dan kadang-kadang malas..hi3

Minggu lepas kami sekeluarga pergi cuti-cuti Malaysia, di Semporna dan Tawau, bahagian timur Sabah. Suami ada kursus di Semporna, jadi ikut sekali, habis kursus 2hari 1malam, kami ke Tawau. Belum pernah pegi ke Tawau, jadi sajalah pergi kenal tempat. Manalah tau kalau-kalau nanti boleh pindah ke Kelantan, susah dah nak sampai ke Sabah ni:)

Di Semporna, bilik di Hotel Seafest agak luas, jadi walaupun kami 2 beranak duk terperap kat bilik je, Nabil tak boring sangat..sebab boleh bebas bermain. Mama dia pun taklah boring sangat sebab dapat view yang best..iaitu menghadap laut n jeti bot-bot nelayan dan juga kampung air.
Best tengok pagi-pagi budak-budak kecil kayuh perahu tangkap ikan..kecil lagi..mcm baru umur 9 atau 10 thn. walaupun hujan lebat diorang tak kisah pun..siap buka baju lagi. selain tu tengok bot yang baru balik tangkap ikan sampai, boleh tengok ikan dalam tangki-tangki diorang tu and sesi jual beli dengan pemborong-pemborong ikan. Masa tu memang rasa rugi sangat tak beli DSLR.
Sebelum bertolak ke Tawau kami singgah di floating chalet di Dragon Inn, tengok resort tu cantik..atas air. Orang cakap lantai bilik air dia ada cermin yang boleh see through ke bawah tengok air and boleh tengok ikan kecil2 berenang. Seram jugak kalau tiba2 ikan bertukar menjadi orang..he3. Tapi memang cantik jugak resort ni..ada restoran makanan laut yang menyediakan seafood yang fresh..masih di dalam air laut (tapi of coursela di dalam sangkar). Ada lobster, ikan kerapu dan ketam yang masih segar menari-nari didalam air.

Di Tawau tak ada cerita menarik kecuali tragedi Nabil jatuh terhantuk katil sampai berdarah-darah..panic jgk mula2..tapi tengok gigi ok..cuma lidah yang luka. Nak letak ubat pun susah jgk. so biar gitu je, nasib baik Nabil nangis tak lama..boleh minum susu n makan n boleh tido. itu cerita cuti hjg minggu lepas bersambung terus dengan cuti Wesak.
Gambar cuti-cuti malaysia mana?? well, memang kami tak bergambar pun..maybe sebab tak ada kamera, cameraphone je yg ada..ada jgk amik gmbr dengan kamera member husband, tgklah nanti suruh dua copy.

Cerita hari ini? Bangun pagi-pagi pergi pasar, sebab nak beli buah avocado..lama dah tak minum jus avocado campur madu...best!! We love it. Beli buah2 je di pasar, tak beli lauk pun sebab lauk msh ada sikit dalam freezer. Lagipun next week balik kampung...yeeeehaaa!!!
Sebelum balik ke rumah singgah breakfast roti canai. Nabil sekarang dah behave ckit kalau makan2 kat luar. bagi je pinggan, letak nasi/apa-apa makanan sikit...pas tu bagi sudu.. mesti ralit la dia dok godek2 makanan dalam pinggan tu. tgh practice guna sudu..hi3 kelakar jgk tengok. this is the pic.

Tengok tangan kanan Nabil, pun bergerak jugak..nak suruh balance dgn tangan kiri kot. Tapi kalu pegang sudu tangan kanan tangan kiri dia ok je..rasanya righthanded Nabil ni.
Ada yang masuk mulut..tapi lagi banyak yang jatuh la..
Ni pulak gambar Nabil masa gi tolong mama buat projek sains di sekolah. dah stabil dah jalan..boleh dah la nak join abg Muaz, abg Aniq dan abg Ahnaf main bola balik kg nanti:)

Monday, April 25, 2011

Nabil dan bayang-bayang

2 comments
Hari ini cukup seminggu Nabil selsema... tapi sebelum tido malam ok, tak susah sgt walaupun bunyi nafas dia kuat. tapi 2 malam kebelakangan ini susah nak tido, pusing sana..pusing sini...laaaama baru bleh lelap betul-betul. Kesian anak mama, minum susu pun kurang..makan pun kurang sikit, tapi main tak kurang pun..aktif macam biasa. So, tadi bawa ke klinik, bukan nak minta ubat selsema, just bagi sedut gas tu..gas apa ntah
Nabil ok je masa jumpa doktor, tapi nampak dia takut-takut sikit sebab doktor tu indian and agak besar la saiz kalau banding dengan abah. Nabil still senyum-senyum lagi, then doktor tu cakap, "okay senyum-senyum dulu, kejap lagi sedut gas mesti nangis"
skali bila pegi sedut gas, Nabil siap sengih-sengih lagi..ingat orang tengah main dengan dia, hi3, tak nangis pun.. Apalah doc ni, ingat Nabil lembik ke..setakat sedut gas ni, buat apa nak nangis..hehehe...
itu saja cerita untuk hari ini..layan video Nabil main dengan bayang-bayangnya..

Monday, April 11, 2011

Pancake

1 comments
Sejak akhir-akhir ni, suka buat pancake..selain saya yang suka makan pancake, my husband pun suka makan pancake, even untuk dinner pun dia pernah request for pancake. Jadi makin semangatla buat pancake. Nabil pun suka makan pancake, tapi rasanya setakat ni, semua pun Nabil suka, kecuali ubat:)
Resepi pancake memang banyak, dah pernah cuba 2-3 resepi tapi yang last buat baru dapat cantek punyer.. bagitau husband, nak kena beli pan khas untuk pancake ni..ala..non stick pan yang saiz 12cm tu, baru lagi cantik hasil dia:)
pernah try buat baked pancake..ok jugak, tapi tak rasa fluffy ala-ala McD's hotcake la. Rupa macam kuih bakar..tapi rasa tak sama la.
so..ini resepinya..copy&paste from the original page.

RECIPE FOR FLUFFY PANCAKES from malaysiabest.net

Flour – 1 cup or about 180 gm

Baking powder – 2 teaspoon (i letak 1sudu shj)

Bicarbonate of soda – a pinch

salt – a pinch

sugar – 2 tablespoons

Mix dry ingredients above in a bowl. Make a well.

Add in

One egg – beat

Milk – about 1 cup or 200 ml (I used fresh milk with some vanilla flavour)

1 tablespoon oil – preferable olive oil (i used melted butter)

Mix or whisk the batter until there are no lumps. Leave to stand for 30 minutes or until bubbles form on the surface.

Use a non-stick pan and fry. Do not use any oil.

Pour a huge tablespoon and leave for a while until bubbles burst and form tiny holes. Flip over and brown the other side.

Serve pancakes with a dollop of butter and maple syrup.

Saturday, April 9, 2011

Minta pindah

5 comments
Untuk kali ke-3 kami memohon bertukar tempat bertugas, ingin mengajar di negeri sendiri. Atau mungkin ingin berada dekat dengan keluarga. Sudah hampir 6tahun di sini, rasanya sudah cukup lama mengembara. Tapi kalau diikutkan sudah lebih 10tahun sebenarnya mengembara..bukanlah tak balik kampung langsung. Memang pantang ada peluang mesti balik..paling kurang 2kali setahun.

Sejak umur 16tahun, masuk sekolah asrama di Kuantan. Kalau ikut dalam keluarga akulah yang paling jauh pegi sekolah. Yang kedua ialah my ‘adek’ (Fatien), iaitu di Kuala Terengganu. Tapi nasib baik ada Kak Noor di Kuantan masa tu, dekat jugakla tempat mengadu.

Ingat lagi masa SPM, kalkulator hilang. Jadi minta Kak Noor tolong belikan, bila Kak Noor hantar siap balut lagi..rupa-rupanya esoknya tu my birthday, jadi Kak Noor kata kira hadiah birthday la, as I wish punye hadiah.

Lepas Kuantan, ingat nak masuk U area KL or Selangor la, jadi dekat dengan Kak Ngoh and ramai jugak family bleh melawat, skali dapat UTM nun di bawah sana..tapi ada jugak kelebihannya, iaitu my ‘Kakak’ dekat je di Singapura. Naik bas dulu2 RM1.20 je nk gi Singapore.

Kenangan dengan kakak pulak bila nak masuk Singapore, memang tak sah kalau aku tak bawak susu ke 2-3 tin (tin yang sekilo tu, bukan tin kecik), gandum ke..gula ke.. hi3 tapi setiap kali pergi bukan dgn tgn kosong, balik pun tak pernah tangan kosong. Thank You Kakak!!!!

Habis UTM, tanam anggur sekejap, masa ni la tempoh paling lama di Kelantan. 2tahun. Dapat KPLI di Johor lagikkk…memang panjang jugakla jodoh dengan Johor ni. Nasib baiklah jodoh aku bukan org Johor jugak, kalau tak sampai bila2 la duk brulang alik ke Johor.

Habis KPLI, dapat posting ke Sandakan..LAAAAAAAGIIIIIII JAUUUUUUUHHHHHHHH. Tak tau nak gambarkan macam mana jauhnye Sandakan ni. Tapi memang jauh la. Masih terbayang-bayang saat menerima surat penempatan. Masa itu aku keluar, tak ingat pegi mana. Tiba-tiba ahlami callKak tie, balik la cepat, surat posting Kak Tie sapa doh aku pun terus bagi warning Jangan bukok!! Biar Kak Tie bukok sendiri”.

Balik rumah tengok riak wajah orang di rumah macam lain macam je..terus amik surat masuk bilik n tutup pintu. Buka surat, tengok “SABAH”, huruf besar lagi.. huwwwwaaaa!!!! Memang nangis jugok la..hi3. pas tu abah pun ketuk pintu..panggil. Abah pun kato,Tie, ok jugok duk Saboh pun..” aikk..tak announce lagi dapat Sabah mcmana diorg dah tau ni. Rupa-rupanya diorang lagi tak sabar dari aku dah buka dulu surat tu and gam balik untuk menghilangkan kesan.huhu..

So here I am, mengenal Sabah and Sandakan khususnya tidak pernah menyesal datang ke sini. Tapi tidak pernah putus asa jugak untuk balik ke negeri asal. Siapa yang tak nak balik ke pangkuan keluarga..betul tak?? INsyaAllah ada rezki dapat juga. Walau apa orang kata, walau apa orang kata, walau apa orang kata (ulang 3x..sebab ramai yang memberi respon negative bila cakap minta pindah ke kelantan) Allah Maha Berkuasa. “Kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat cuba lagi tahun depan” motto untuk mohon pindah.

Oklah updates on Nabil plk.

- dah berani lepas tangan sendiri and berjalan 4-5langkah

- makin kuat minum susu..(koho berat doh lo ni…)

Nabil pakai jubah kawan abah yg baru balik umrah bagi


itu bukan ball la Nabil..tengok benda bulat je ball..ball..ball


and lastly dedication to my youngest sister Adek@Fatien@Che Adek

HAPPY BIRTHDAY!!!
Adek ni juruh, dengar kata, senang minta tolong and pemurah
kak tie doakan adek sihat, mudah belajar, dan dapat jodoh yang baik..amiin..
love you so much!!!!


this is her
comey kan?? macam kakak-kakak dia la..hi3..

Friday, April 1, 2011

Cerita Hari Ini

3 comments
Pagi tadi bangun lambat, pukul 5.38,terus bingkas bangun mandi sepantas kilat,solat,bersiap, 6.05 sudah didalam kereta bersama Nabil yang masih separa sedar.

Hari Jumaat disekolah, masa berlalu dengan pantas seperti biasa, sebab selalu hari jumaat kelas penuh, sedar-sedar dah pukul 11.10..time to go home. Siapkan kerja sikit lagi, baru balik.. belum lunch lagi, breakfast pun ala kadar je, jadi singgah kedai…beli sayur mayur dan yang sewaktu dengannya.

Lepas tu terus ke rumah ibu untuk ambil Nabil (ibu tu pengasuh nabil..) Sampai rumah ibu, Nabil masih nyenyak tidur..terpaksala duduk dulu tunggu, takkanla nak terus angkat. Borak2 dengan ibu..cerita itu dan ini, akhirnya bangun jugak Nabil..lebih setengah jam jugak tunggu.

Balik rumah terus masak..nasib baik dah ada orang tolong masak nasi n bwk keluar lauk sebelum pegi masjid. Jadi bila cik abe balik boleh terus makan..Alhamdulillah, kenyang..main-main dengan Nabil..Nabil nak tidur lagi..maybe tadi tido sekejap je kat rumah ibu. So tidurkan Nabil, mama n abah berehat jugak..rehat sambil tutup mata:) ingat nak kluar beriadah petang tadi, tapi since nabil pun bangun dah pukul 5 agak lewat sudah untuk keluar.

Malam ni ada request untuk makan burger, so burger it is. Bagus jugak, kalau tak roti burger tu cik tong tolong makan nanti.

Itulah cerita untuk hari ini…bersemangat nak menghadapi esok sebab esok nak buat nasi kerabu..yeay!!! yeay!! Lama dah duk terliur nak makan nasi kerabu, tapi tunggu weekend baru nak buat.. nyiur sudah siap digoreng petang tadi, esok tinggal gaul dengan bahan2 yang sepatutnya..harap-harap sedapla.. (owh..rindu pulak nak merasa nasi kerabu kuning che moh)

itulah cerita untuk hari ini, walaupun nampak macam boring tapi ada jugak saat-saat menarik..especially bila tengok Nabil main. Nabil suka main bola dan suka tengok upin ipin..pandai jugak sebut "pin, pin". "Betul3" pun adalah jugak kedengaran:) tapi belum lagi berjalan..insyaAllah tak lama lagi.

ok, pic of the day...(no today's though)

kalau nak bagi diam dalam stroller bagi pegang bola..ok la dia:)

Friday, March 18, 2011

Birthday dan Lucu

2 comments
Birthday Nabil sebenarnya 11 Mac, tp hari selasa 15 Mac baru bleh sambut sikit2..sambut pulak di Keningau, che ja bagi hadiah sepasang baju, and sepasang sandal untuk Nabil, tQ!! bukan ada parti apa2 pun, Cuma che ja buat kek yg comel n best utk Nabil. So layan gambar jela ye..

Tepuk tgn untuk diri sendiri

Ada orang cuba menyembunyikan mulutnya...hehehe..cerita lebih lanjut di bawah ye:)

Bola tu ayh sin yg lukis dan pewarnanya mmg blm smpat kering pun..so budak2 sibuk nak mkn tiang gol tu, sebab ada satu je gol, jadi kak ja pun potong 4, sama rata, tapi ada seorang ni, dia tak sabar nak ambil bola tu, sebab semua duk tunggu tiang gol, jadi bila mak dia cakap ambil la bola tu kalau nak..dia pun terus sambar and masuk mulut..yum yum yum delicious (ikut mcm nana ckp).

Tiba2..tengok mulut dia tgh kunyah dah jadi hitam..gigi pun hitam, lidah pun hitam..mcm hantu hehehe..jadi semua pun gelak besar sampai sakit perut..tuan punya badan masih terpinga-pinga kenapa la semua orang gelak tgk aku ni..hi3, bila dia pegi tgk cermin barulah dia pun gelak besar.. che adek, itulah peristiwa lucunya..

Gambar suspek/mangsa sempat jgk di snap oleh pro photographer:)

tapi ni dah kurang sikit la hitam die..

Kakak, sorry ye che t cerita pasal kakak..jgn marah ye:) bye bye!!

p/s: bukan senang nak senang nak bukan susah nak susah


Wednesday, March 16, 2011

Trip to Keningau

8 comments

Sebelum cerita apa2, Al-fatihah kepada my Mok Long, kakak kepada my Abah yang meninggal dunia pagi tadi..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mok long.. we’ll miss you..

Cuti sekolah ni, kami pegi jalan2 di KK dan pegi melawat my sister kakja and her family di Keningau. Flight ke KK hari Sabtu, bermalam di KK, hari Ahad baru pegi Keningau dengan dijemput oleh Kak Ja n family.

Alhamdulillah Nabil ok, juruh..tak byk ragam..Cuma selsema sikit, mgkin bilik di hotel tu sejuk n berhabuk ckit..apa2 pun nabil is very happy n get along well with his cousins yg meriah di Keningau. Rasa macam nk cepat2 bg adik bradik yg lain utk Nabil.. Tapi sabar..one by one..hi3

ni on the way ke Keningau, singgah di ats bukit (Crocker Range) bergambar, Nabil tgh syok tido pun angkut skali nk bergambar:)

Sampai je, sophea terus bwk keluar chicky yg dia menang tu:) Nabil suke!!

Ahad smpai Keningau, mlm pegi Phuket plk..ish2 jauhnye tu dari Keningau pegi Phuket..hi3, act pegi mkn di Restoran Phuket..best jgk mknan kt situ..

Esok plk pegi pasar..beli lauk n beli nasi lemak yg sedap di Keningau, nasi lemak Pak Kandar, Kenapalah Sandakan tak der nasi lemak yg sedap mcm ni..

Hari Selasa, pegi mandi kolam di Kompleks Sukan Keningau, dah siap2 bwk swimming suit nabil, tp tak bwk pulak pelampung die, tp okay je nabil mandi kolam..seronok!! Balik rumah che ja memproses kek untuk Nabil iaitu cotton soft cheesecake…and the cake is fantastic!! Sodap n cantik…nanti update nxt entry untuk gambar2 masa nabilnye birthday celebration yg simple, tapi cukup bermakna..and ada juga peristiwa menarik jgk berlaku..hi3 tak bleh cite lagi kot peristiwa menarik n lucu tu kena minta kebenaran dengan tuan punya dulu iaitu Sophea.

suka la Nabil bulih main air

Nabil and kak Nana

Bersiar-siar di Taman Jutaya

Nanti update pasal birthday Nabil pulak. ok!

To kak ja, abe mokhsin n family..Terima Kasih byk2, insyaAllah kami dtg lagi okay!!


p/s: nok buat p/s jgk mcm adik2 n kakak2 ku selalu buat di blog diorang:-)

Thursday, March 10, 2011

365days ago

3 comments
Setahun berlalu, bila terkenangkan saat-saat nak melahirkan, seolah-olah masih terasa sakit dan ngilu ketika itu. Dan setiap kali bercerita pengalaman melahirkan, rasa bergenang air mata. Semakin dapat memahami kenapa syurga diletak ditelapak kaki ibu. Dan semakin bersyukur di atas nikmat kasih sayang ibu yang masih dapat dirasai hingga ke hari ini, (Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapa ku, panjangkanlah umur mereka..amiin.)

365 hari yang lalu..pada pukul 6.55pm, Muhammad Nabil bin Norhisham telah dilahirkan. Di Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan berat semasa lahir 3.5kg.. Alhamdulillah, kelahiran dapat disaksikan oleh abahnya, dan diazan dan iqamat oleh abahnya juga. Hari ini genap setahun umurnya, dan setahun telah berlalu tidak terasa.

Sekarang nabil seorang bayi yang aktif, suka mengeluarkan bunyi-bunyi ketika bermain. Sangat minat main bola..walaupun belum berjalan, tapi sangat suka nak sepak bola, jadi dah banyak kali tergolek dengan jayanya. Walaupun anak mama lambat tumbuh gigi(baru nmpk ckit 2btg gigi atas), belum berjalan, mama sayang nabil, setiap masa dan ketika. Abah pun sayang nabil. Mama doakan Nabil jadi orang yang berguna, seperti che’ ngoh selalu cakap, biar jadi anak yang mempunyai akhlak yang baik, dan sentiasa menjaga hak Allah.

Bila Nabil dah pandai baca nanti nabil boleh baca blog ni ok.

Lastly is the wish, Happy 1st Birthday to our pride n joy..

We are grateful Allah gave you as our son.

Friday, March 4, 2011

rasa bersalah..

4 comments

Kadang-kadang rasa bersalah angkat anak pagi2, tgh tidur pegi letak rumah orang.. Rasa lagi bersalah bila dia nangis masa lambai kita pergi..(rasa nak nangis jugok) Rasa bersalah tinggalkan anak separuh hari kadang2 smpai petang membesar di rumah orang lain..Rasa bersalah sebab kita dulu ma duk jaga siang malam, setiap saat. Tak pernah pun ma pegi tinggal kat rumah orang lain..Harap tua nanti takdela anak nak tinggal kita kat rumah orang lain.. Nauzubillah..

tengok tidur mcm ni tak sampai hati nk kacau kan.. this was 5.40 in the morning, turun awal ckit sbb sukan.


Followers

Top Commenters

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com