Saturday, May 28, 2011

Cuti Sekolah

2 comments
Hari ni dah start cuti sekolah.. tapi kitorg akan blk kg esok..flight penuh.. nk buat mcmana..sabar jela..
Tapi kalau ikutkan hati memang dah tak sedap duduk je, sebab nak tunggu esok. Tak sabar nabil nak jumpa atuk nenek, umi ayoh, makcik2 n sepupu2 dia..

tadi pegi kenduri kawin rumah jiran..yg juga makcik kepada one of my student.
mula2 rasa best jgk nk pegi kenduri, x pyh msk..tp pikir2 kenduri kt sini tak sama dgn kenduri kt sana..
mana ada gulai kawah or ayam masak merah dgn acar timun, sambal belacan.
kat sini lauk yg wajib ada ialah, isi ikan msk dgn sos, lauk lain lagi yg ada tadi kari ayam, daging masak kicap n udang ala-ala sweet sour..okla jgk, byk jenis lauknya...
tapi yg kurang best sikit bila dia psg lagu kuat2..nk borak2 pun susah..mkn pun tak selesa..ish2 sabor jerla.. tp itula adat/trend kalau kenduri di sini..biasala kalau diorang akan berkaraoke smpai ke pagi.. satu lagi perbezaan ialah, kalau kat sana kita letak bunga manggar di tepi jalan/lorong nak ke rumah pengantin, tp di sini dia letak daun kelapa:)

Ni pulak letak gambar nabil yg nmpk lidah dia yg luka masa pegi Tawau hari tu..tp ms ambil gmbr ni dh ok sikit..

Saturday, May 21, 2011

Jalan-jalan

3 comments
Salam semua..apa khabar? lama tak menulis di blog.. dah hampir sebulan.
Walaupun ada benda nak diceritakan, tak sempat kerana masa tak diuruskan dengan baik dan kadang-kadang malas..hi3

Minggu lepas kami sekeluarga pergi cuti-cuti Malaysia, di Semporna dan Tawau, bahagian timur Sabah. Suami ada kursus di Semporna, jadi ikut sekali, habis kursus 2hari 1malam, kami ke Tawau. Belum pernah pegi ke Tawau, jadi sajalah pergi kenal tempat. Manalah tau kalau-kalau nanti boleh pindah ke Kelantan, susah dah nak sampai ke Sabah ni:)

Di Semporna, bilik di Hotel Seafest agak luas, jadi walaupun kami 2 beranak duk terperap kat bilik je, Nabil tak boring sangat..sebab boleh bebas bermain. Mama dia pun taklah boring sangat sebab dapat view yang best..iaitu menghadap laut n jeti bot-bot nelayan dan juga kampung air.
Best tengok pagi-pagi budak-budak kecil kayuh perahu tangkap ikan..kecil lagi..mcm baru umur 9 atau 10 thn. walaupun hujan lebat diorang tak kisah pun..siap buka baju lagi. selain tu tengok bot yang baru balik tangkap ikan sampai, boleh tengok ikan dalam tangki-tangki diorang tu and sesi jual beli dengan pemborong-pemborong ikan. Masa tu memang rasa rugi sangat tak beli DSLR.
Sebelum bertolak ke Tawau kami singgah di floating chalet di Dragon Inn, tengok resort tu cantik..atas air. Orang cakap lantai bilik air dia ada cermin yang boleh see through ke bawah tengok air and boleh tengok ikan kecil2 berenang. Seram jugak kalau tiba2 ikan bertukar menjadi orang..he3. Tapi memang cantik jugak resort ni..ada restoran makanan laut yang menyediakan seafood yang fresh..masih di dalam air laut (tapi of coursela di dalam sangkar). Ada lobster, ikan kerapu dan ketam yang masih segar menari-nari didalam air.

Di Tawau tak ada cerita menarik kecuali tragedi Nabil jatuh terhantuk katil sampai berdarah-darah..panic jgk mula2..tapi tengok gigi ok..cuma lidah yang luka. Nak letak ubat pun susah jgk. so biar gitu je, nasib baik Nabil nangis tak lama..boleh minum susu n makan n boleh tido. itu cerita cuti hjg minggu lepas bersambung terus dengan cuti Wesak.
Gambar cuti-cuti malaysia mana?? well, memang kami tak bergambar pun..maybe sebab tak ada kamera, cameraphone je yg ada..ada jgk amik gmbr dengan kamera member husband, tgklah nanti suruh dua copy.

Cerita hari ini? Bangun pagi-pagi pergi pasar, sebab nak beli buah avocado..lama dah tak minum jus avocado campur madu...best!! We love it. Beli buah2 je di pasar, tak beli lauk pun sebab lauk msh ada sikit dalam freezer. Lagipun next week balik kampung...yeeeehaaa!!!
Sebelum balik ke rumah singgah breakfast roti canai. Nabil sekarang dah behave ckit kalau makan2 kat luar. bagi je pinggan, letak nasi/apa-apa makanan sikit...pas tu bagi sudu.. mesti ralit la dia dok godek2 makanan dalam pinggan tu. tgh practice guna sudu..hi3 kelakar jgk tengok. this is the pic.

Tengok tangan kanan Nabil, pun bergerak jugak..nak suruh balance dgn tangan kiri kot. Tapi kalu pegang sudu tangan kanan tangan kiri dia ok je..rasanya righthanded Nabil ni.
Ada yang masuk mulut..tapi lagi banyak yang jatuh la..
Ni pulak gambar Nabil masa gi tolong mama buat projek sains di sekolah. dah stabil dah jalan..boleh dah la nak join abg Muaz, abg Aniq dan abg Ahnaf main bola balik kg nanti:)

Followers

Top Commenters

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com