Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Friday, March 18, 2011

Birthday dan Lucu

2 comments
Birthday Nabil sebenarnya 11 Mac, tp hari selasa 15 Mac baru bleh sambut sikit2..sambut pulak di Keningau, che ja bagi hadiah sepasang baju, and sepasang sandal untuk Nabil, tQ!! bukan ada parti apa2 pun, Cuma che ja buat kek yg comel n best utk Nabil. So layan gambar jela ye..

Tepuk tgn untuk diri sendiri

Ada orang cuba menyembunyikan mulutnya...hehehe..cerita lebih lanjut di bawah ye:)

Bola tu ayh sin yg lukis dan pewarnanya mmg blm smpat kering pun..so budak2 sibuk nak mkn tiang gol tu, sebab ada satu je gol, jadi kak ja pun potong 4, sama rata, tapi ada seorang ni, dia tak sabar nak ambil bola tu, sebab semua duk tunggu tiang gol, jadi bila mak dia cakap ambil la bola tu kalau nak..dia pun terus sambar and masuk mulut..yum yum yum delicious (ikut mcm nana ckp).

Tiba2..tengok mulut dia tgh kunyah dah jadi hitam..gigi pun hitam, lidah pun hitam..mcm hantu hehehe..jadi semua pun gelak besar sampai sakit perut..tuan punya badan masih terpinga-pinga kenapa la semua orang gelak tgk aku ni..hi3, bila dia pegi tgk cermin barulah dia pun gelak besar.. che adek, itulah peristiwa lucunya..

Gambar suspek/mangsa sempat jgk di snap oleh pro photographer:)

tapi ni dah kurang sikit la hitam die..

Kakak, sorry ye che t cerita pasal kakak..jgn marah ye:) bye bye!!

p/s: bukan senang nak senang nak bukan susah nak susah


Wednesday, March 16, 2011

Trip to Keningau

8 comments

Sebelum cerita apa2, Al-fatihah kepada my Mok Long, kakak kepada my Abah yang meninggal dunia pagi tadi..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mok long.. we’ll miss you..

Cuti sekolah ni, kami pegi jalan2 di KK dan pegi melawat my sister kakja and her family di Keningau. Flight ke KK hari Sabtu, bermalam di KK, hari Ahad baru pegi Keningau dengan dijemput oleh Kak Ja n family.

Alhamdulillah Nabil ok, juruh..tak byk ragam..Cuma selsema sikit, mgkin bilik di hotel tu sejuk n berhabuk ckit..apa2 pun nabil is very happy n get along well with his cousins yg meriah di Keningau. Rasa macam nk cepat2 bg adik bradik yg lain utk Nabil.. Tapi sabar..one by one..hi3

ni on the way ke Keningau, singgah di ats bukit (Crocker Range) bergambar, Nabil tgh syok tido pun angkut skali nk bergambar:)

Sampai je, sophea terus bwk keluar chicky yg dia menang tu:) Nabil suke!!

Ahad smpai Keningau, mlm pegi Phuket plk..ish2 jauhnye tu dari Keningau pegi Phuket..hi3, act pegi mkn di Restoran Phuket..best jgk mknan kt situ..

Esok plk pegi pasar..beli lauk n beli nasi lemak yg sedap di Keningau, nasi lemak Pak Kandar, Kenapalah Sandakan tak der nasi lemak yg sedap mcm ni..

Hari Selasa, pegi mandi kolam di Kompleks Sukan Keningau, dah siap2 bwk swimming suit nabil, tp tak bwk pulak pelampung die, tp okay je nabil mandi kolam..seronok!! Balik rumah che ja memproses kek untuk Nabil iaitu cotton soft cheesecake…and the cake is fantastic!! Sodap n cantik…nanti update nxt entry untuk gambar2 masa nabilnye birthday celebration yg simple, tapi cukup bermakna..and ada juga peristiwa menarik jgk berlaku..hi3 tak bleh cite lagi kot peristiwa menarik n lucu tu kena minta kebenaran dengan tuan punya dulu iaitu Sophea.

suka la Nabil bulih main air

Nabil and kak Nana

Bersiar-siar di Taman Jutaya

Nanti update pasal birthday Nabil pulak. ok!

To kak ja, abe mokhsin n family..Terima Kasih byk2, insyaAllah kami dtg lagi okay!!


p/s: nok buat p/s jgk mcm adik2 n kakak2 ku selalu buat di blog diorang:-)

Thursday, March 10, 2011

365days ago

3 comments
Setahun berlalu, bila terkenangkan saat-saat nak melahirkan, seolah-olah masih terasa sakit dan ngilu ketika itu. Dan setiap kali bercerita pengalaman melahirkan, rasa bergenang air mata. Semakin dapat memahami kenapa syurga diletak ditelapak kaki ibu. Dan semakin bersyukur di atas nikmat kasih sayang ibu yang masih dapat dirasai hingga ke hari ini, (Ya Allah, Engkau kurniakanlah kesihatan yang baik kepada kedua ibu bapa ku, panjangkanlah umur mereka..amiin.)

365 hari yang lalu..pada pukul 6.55pm, Muhammad Nabil bin Norhisham telah dilahirkan. Di Hospital Raja Perempuan Zainab II dengan berat semasa lahir 3.5kg.. Alhamdulillah, kelahiran dapat disaksikan oleh abahnya, dan diazan dan iqamat oleh abahnya juga. Hari ini genap setahun umurnya, dan setahun telah berlalu tidak terasa.

Sekarang nabil seorang bayi yang aktif, suka mengeluarkan bunyi-bunyi ketika bermain. Sangat minat main bola..walaupun belum berjalan, tapi sangat suka nak sepak bola, jadi dah banyak kali tergolek dengan jayanya. Walaupun anak mama lambat tumbuh gigi(baru nmpk ckit 2btg gigi atas), belum berjalan, mama sayang nabil, setiap masa dan ketika. Abah pun sayang nabil. Mama doakan Nabil jadi orang yang berguna, seperti che’ ngoh selalu cakap, biar jadi anak yang mempunyai akhlak yang baik, dan sentiasa menjaga hak Allah.

Bila Nabil dah pandai baca nanti nabil boleh baca blog ni ok.

Lastly is the wish, Happy 1st Birthday to our pride n joy..

We are grateful Allah gave you as our son.

Friday, March 4, 2011

rasa bersalah..

4 comments

Kadang-kadang rasa bersalah angkat anak pagi2, tgh tidur pegi letak rumah orang.. Rasa lagi bersalah bila dia nangis masa lambai kita pergi..(rasa nak nangis jugok) Rasa bersalah tinggalkan anak separuh hari kadang2 smpai petang membesar di rumah orang lain..Rasa bersalah sebab kita dulu ma duk jaga siang malam, setiap saat. Tak pernah pun ma pegi tinggal kat rumah orang lain..Harap tua nanti takdela anak nak tinggal kita kat rumah orang lain.. Nauzubillah..

tengok tidur mcm ni tak sampai hati nk kacau kan.. this was 5.40 in the morning, turun awal ckit sbb sukan.


Sunday, August 30, 2009

Zaman Dah Berubah..Dunia Dah Maju..

1 comments
emm..mintak tolong sape2 translate bahase Aina nih...nk kata bahasa Perancis, bukan..Amerika Latin pun bukan...bahasa Sanskrit jauh sekali..may b ni lah satu-satunya penutur bahasa ini kt dunia nih....emmm
"Aina Language"

Sunday, February 8, 2009

Ahlami's visit

5 comments
Hari Jumaat (6 Feb) lebih kurang 5.30ptg, Ahlami sampai di airport Sandakan..
I was excited since dah lama jgk takde org dtg visit kami di Sandakan ni..
The next day (Sabtu) terpaksa bawa Ahlami ke sekolah, sebab ada Majlis Penutup Sukan Tahunan Sekolah.. Ahlami jadi jurugambar tak rasmi..ambil gambar budak2 Sabah bersukan dalam lumpur..he3


Pada petang harinya, kami pergi ke Sepilok..untuk melawat sedara mara George W.Bush (hehe..)

Sepilok ni a must visit place kalau dtg ke Sandakan ni.. People comes all over the world to see the Orang Utan..we Malaysian tak kisah pom kan2.. Nak masuk sana, kalau nak ambil gambar dengan kamera sendiri kena bayar RM10 for each camera. Kami bawa masuk satu kamera but our camera is no match to others'



On the 3rd day of her stay..which is the day she'll be leaving for Keningau..kami bwk dia melawat Pasar Sandakan..takde apa yg menarik sangat..tapi sempat jgk membeli beberapa utas gelang mutiara and kristal..
Selepas itu kami ke Taman Buaya Sandakan.. Banyak sangat buaya..rasanya lebih 100ekor..tak termasuk yang tak ada ekor..he3

Pada petangnya or malam i guess Ahlami dh nak pergi meninggalkan kami (ni part yang tak best..) hantar Ahlami pegi airport, flight 6.50pm ke KK. Abg Mokhsin akan menjemput Ahlami ke Keningau untuk melawat Kak Ja, Sophea, Laila, Yasmin and Aina puloks..

So Amie, hope you enjoy your stay here..walaupun sekejap..
nanti dtgla lagi yer..dtg lama sikit..bleh la kita pegi Semporna ke..Sipadan ke..Kundasang ke..Tawau ke..banyak lagi tempat bleh visit:) ok..itu saja untuk kali ini layanlah gambar2 di bawah ini....Wassalam.

Orang di dalam hutan dan Orang Utan


Ahlami with the crocs....ke aligators?


Siapa lagi tinggi?

Monday, January 26, 2009

Finally We're Back 2..;)

1 comments
After a long school holiday back in Kelantan..and after almost a month school started, now we manage to update our blog. Thanks to the Chinese New Year holiday..we both have a week break.
Banyak sgt benda nak diceritakan..tapi one by one..
Of course the 1st and most unforgettable moment happened on the new year's night. Acara penutup tahun 2008 (31 Disember 2008), where Abah had an accident with his not really new car...and his own house.. My sister Ahlami already put some pics of this in her blog. Tapi kami pon nak letak jgk..so here it is



Kejadian tu mmg mengejutkan kami..Abah pon mcm tak tahu nak ckp ape..bile kuar keta abah duk sebut "Allahuakbar..Allahuakbar.." "Bala ni bala..."
Keesokan harinya...kami dh nk blk Sandakan, tapi abah tak nak pegi airport..tok tahu la bakpo, tapi bile salam dengan abah and peluk Abah, nmpk sgt Abah sedih..still affected by last night's accident i think. tapi skrg Abah dah ok..Semoga Allah melindungi Abah, Ma dan seluruh ahli keluarga kami dari segala malapetaka, khianat jin, syaitan dan manusia..Aminn...

Oklah..untuk cerita2 lain..i'll ask my husband to update pulak...bye!

Friday, September 12, 2008

Ahlami caught on paper..today

2 comments
This is especially to my sister..Ahlami, ni die gambar amie msk paper for the 2nd time.. ari tu masuk Berita Harian tak sempat nak pergi beli, biasala di Sandakan ni surat khabar utama spt Berita Harian, Utusan Malaysia sampai paling awal jam 12tgh. This is much better than Kapit, suratkhabar lewat satu hari, sebab kena naik bot lagi..he3
Tapi untuk Berita Harian my other sister Kak Ja, dah buat liputan dalam blog dia.
To Amie, mcm kak ja cakap, jgn sedih2 beraya di perantauan, nikmatilah peluang beraya di tempat orang..nanti susah dah nak rasa raya di Adelaide.
Ok that's all, before i end my entry, for your info this is my first time posting my entry into this blog since my husband started this blog, all this while..he was the one that has been updating our blog..Salam Ramadhan..

Friday, July 11, 2008

AL-FATIHAH..buat ayah syid..

5 comments

FAM rakam takziah kepada keluarga bekas pengadil FIFA

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga bekas pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dari Kelantan, Wan Rasyid Wan Jaafar yang meninggal dunia semalam.

Ucapan takziah itu turut dimuatkan menerusi kenyataan ringkas di laman web rasmi badan induk bola sepak kebangsaan itu.

Wan Rasyid yang menjadi pengadil FIFA dari tahun 1986 hingga 1989 menghembuskan nafas terakhirnya di Kota Bharu, tengah hari semalam.

Bekas graduan Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia atau UPM) itu pernah berkhidmat sebagai guru di Sungai Pinang, Kelantan dan memilih bersara awal atas sebab-sebab kesihatan.

Wan Rasyid, 61, meninggalkan seorang balu dan enam anak.

“Dengan ini DYMM Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah, pemegang jawatan dan anggota sekretariat serta seluruh keluarga bola sepak Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham,” menurut kenyataan FAM.

copied from:

http://beritabola.bolacyber.com/2008/07/page/2

Saturday, June 21, 2008

we grow together..

0 comments

sape lagi berani
aniq vs ketika

Followers

Top Commenters

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com