Saturday, May 21, 2011

Jalan-jalan

3 comments
Salam semua..apa khabar? lama tak menulis di blog.. dah hampir sebulan.
Walaupun ada benda nak diceritakan, tak sempat kerana masa tak diuruskan dengan baik dan kadang-kadang malas..hi3

Minggu lepas kami sekeluarga pergi cuti-cuti Malaysia, di Semporna dan Tawau, bahagian timur Sabah. Suami ada kursus di Semporna, jadi ikut sekali, habis kursus 2hari 1malam, kami ke Tawau. Belum pernah pegi ke Tawau, jadi sajalah pergi kenal tempat. Manalah tau kalau-kalau nanti boleh pindah ke Kelantan, susah dah nak sampai ke Sabah ni:)

Di Semporna, bilik di Hotel Seafest agak luas, jadi walaupun kami 2 beranak duk terperap kat bilik je, Nabil tak boring sangat..sebab boleh bebas bermain. Mama dia pun taklah boring sangat sebab dapat view yang best..iaitu menghadap laut n jeti bot-bot nelayan dan juga kampung air.
Best tengok pagi-pagi budak-budak kecil kayuh perahu tangkap ikan..kecil lagi..mcm baru umur 9 atau 10 thn. walaupun hujan lebat diorang tak kisah pun..siap buka baju lagi. selain tu tengok bot yang baru balik tangkap ikan sampai, boleh tengok ikan dalam tangki-tangki diorang tu and sesi jual beli dengan pemborong-pemborong ikan. Masa tu memang rasa rugi sangat tak beli DSLR.
Sebelum bertolak ke Tawau kami singgah di floating chalet di Dragon Inn, tengok resort tu cantik..atas air. Orang cakap lantai bilik air dia ada cermin yang boleh see through ke bawah tengok air and boleh tengok ikan kecil2 berenang. Seram jugak kalau tiba2 ikan bertukar menjadi orang..he3. Tapi memang cantik jugak resort ni..ada restoran makanan laut yang menyediakan seafood yang fresh..masih di dalam air laut (tapi of coursela di dalam sangkar). Ada lobster, ikan kerapu dan ketam yang masih segar menari-nari didalam air.

Di Tawau tak ada cerita menarik kecuali tragedi Nabil jatuh terhantuk katil sampai berdarah-darah..panic jgk mula2..tapi tengok gigi ok..cuma lidah yang luka. Nak letak ubat pun susah jgk. so biar gitu je, nasib baik Nabil nangis tak lama..boleh minum susu n makan n boleh tido. itu cerita cuti hjg minggu lepas bersambung terus dengan cuti Wesak.
Gambar cuti-cuti malaysia mana?? well, memang kami tak bergambar pun..maybe sebab tak ada kamera, cameraphone je yg ada..ada jgk amik gmbr dengan kamera member husband, tgklah nanti suruh dua copy.

Cerita hari ini? Bangun pagi-pagi pergi pasar, sebab nak beli buah avocado..lama dah tak minum jus avocado campur madu...best!! We love it. Beli buah2 je di pasar, tak beli lauk pun sebab lauk msh ada sikit dalam freezer. Lagipun next week balik kampung...yeeeehaaa!!!
Sebelum balik ke rumah singgah breakfast roti canai. Nabil sekarang dah behave ckit kalau makan2 kat luar. bagi je pinggan, letak nasi/apa-apa makanan sikit...pas tu bagi sudu.. mesti ralit la dia dok godek2 makanan dalam pinggan tu. tgh practice guna sudu..hi3 kelakar jgk tengok. this is the pic.

Tengok tangan kanan Nabil, pun bergerak jugak..nak suruh balance dgn tangan kiri kot. Tapi kalu pegang sudu tangan kanan tangan kiri dia ok je..rasanya righthanded Nabil ni.
Ada yang masuk mulut..tapi lagi banyak yang jatuh la..
Ni pulak gambar Nabil masa gi tolong mama buat projek sains di sekolah. dah stabil dah jalan..boleh dah la nak join abg Muaz, abg Aniq dan abg Ahnaf main bola balik kg nanti:)

Comments

3 comments to "Jalan-jalan"

Ahlami said...[Reply to comment]
May 21, 2011 at 3:10 AM

Hihi yoko nabil right-handed ? hehehe. kot2 jadi left-handed supo mak ude, che ja, abg aniq, kakak alya, kak anin, and hmmmm sape lg yer

Janna Wan Muhammad said...[Reply to comment]
May 21, 2011 at 8:12 PM

ha...tu la,ntah2 nabil pon mcm kita2 kan mak ude? lefties.

by the way, we also enjoyed being in Semporna. we stayed at Seafest Hotel jugak and Semporna Holiday Resort..tawau plak..boleh la..biasa2 jah,

ise3339 said...[Reply to comment]
May 22, 2011 at 2:36 AM

amie n kak ja: ok jgk kalu lefty nanti jd kreatif mcm che ja n pandai mcm mak uda:)

Followers

Top Commenters

 

Copyright 2008 All Rights Reserved Revolution Two Church theme by Brian Gardner Converted into Blogger Template by Bloganol dot com